Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Friday, 25 January 2013

SukMak Telah Bermula !

Assalamualaikum :)

Berjumpa kita lagi untuk entri kali ini . Kali ini pihak BWP ingin memberitahu semua bahawa program Sukan Maktab telah bermula dan perlawanan akan diadakan pada setiap hujung minggu . Pada hujung minggu lepas , perlawanan yang telah berlangsung bagi lelaki adalah catur dan sepak takraw . Manakala bagi pelajar puteri ialah catur lower form dan bola jaring .

Alhamdulillah semuanya belajar dengan lancar dan berjaya dihabiskan . Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar kerana memberikan kerjasama kepada pihak BWP untuk turun ke padang bagi memeberi sokongan kepada pemain tidak kira hujan mahupun panas .  InsyaAllah perlawanan SukMak akan diteruskan lagi selepas cuti Thaipusam . Semoga berjaya dan dapat memeberikan kerjasama kepada pihak BWP dengan turun awal ke padang :) Sekian Terima Kasih .

NETBALL GAME





Kembali ke Maktab :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pengunjung setia blog BWP MRSM Pasir Salak ini .

Untuk entri kali ini , kami ingin menceritakan semula apa yang telah berlaku sepanjang sebulan kami berada di maktab dan apakah perubahan yang telah berlaku ? Jengjengjeng . hahaha . Baiklah , selama sebulan kami berada di maktab , pelbagai perubahan yang telah dapat kami lihat , dari segi prasarana , akademik dan macam-macam lagi . Kelihatan pelajar-pelajar semua semakin bersemangat untuk bersekolah .

Untuk pengetahuan semua , dewan selera maktab kita telah di cat warna merah putih oleh abg-abg dan kakak-kakak DS . Dewan selera juga telah dipasang siling yang baru bagi mengelakkan burung2 bertenggek di bumbung dan menganggu kosentrasi pelajar-pelajar untuk menikmati makanan . :) Pihak koperasi juga telah membuka cawangan kedua mereka di sebelah kafe dan para pelajar boleh membeli belah di situ ketika waktu rehat . Kini , kafe MRSM Pasir Salak berada di bawah koperasi dan suasana kafe kita tertutup supaya guru-guru dapat makan dengan selesa . 

Tahniah kepada aspura kerana telah dipasangkan tile di lantai asrama dan diharap dapat menjaganya dengan baik :) Pelajar-pelajar tingkatan 2 , 3 dan 5 telah terlibat dengan minggu orientasi selama seminggu dan salah satu slot yg terdapat sewaktu minggu orientasi itu adalah slot bersama Abang Raja Shamri . Ini merupakan slot yang paling menyeronokkan bagi mereka kerana telah dihiburkan dengan telatah abg Raja yang mencuit hati para pelajar . Mereka juga telah mengambil pengajaran daripada kisah-kisah liku hidup abg Raja dan berazam untuk berubah ke arah yg lebih baik :) 

Bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 , Gemilang PMR & SPM akan diadakan pada hari khamis , jumaat dan sabtu shaja kerana pada hari selasa mereka terlibat dgn kelab , sukan dan permainan. Manakala pada hari rabu pula mereka terlibat dengan unit beruniform . Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian uniform mereka pada setiap hari rabu :) Badan kepimpinan BWP , LDP & BADAR juga telah terlibat dengan kursus kepimpinan bersama dengan Madani Jati Training & Consultancy , terdapat pelbagai pengalaman yang kami perolehi sepanjang kursus kepimpinan tersebut . Kami juga dapat merasa tidur di dalam dewan maktab selama 3 jam (1.30pg-4.30pg) . Semoga kursus terssebut dpt memberi impak yang positif kepada semua badan kepimpinan .

Rasanya itu sahaja untuk entri kali ini dan kami memohon maaf kerana lambat mengupdate entri yang terbaru :) Semoga kita berjumpa lagi untuk entri yang seterusnya .

Gambar-gambar Bersama Abang Raja Shamri





Kursus Kepimpinan BWP , LDP & BADAR






Tahniah Batch PMR 2012


Assalamualaikum w.b.t . 

Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi untuk entri kali ini . Terlebih dahulu , pihak BWP ingin memohon maaf kerana lambat mengupdate entri terbaru bagi blog ini akibat kekangan masa . Kami juga ingin memohon maaf kepada pelajar tingkatan 4 2013 kerana lambat mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda semua di dalam blog ini , harap dapt dimaafkan . 

            Kali ini pihak BWP mengucapkan tahniah kepada 8th Batch MRSM Pasir Salak kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR dengan meletakkan MRSM Pasir Salak di kedudukan yang pertama disamping membawa maktab kita semua ke arah MERCU GEMILANG dalam aspek akademik . Semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang supaya MRSM Pasir Salak sentiasa yang terbaik dari segi akademik , sahsiah dan disiplin .

Kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2013 , di harap anda semua dapat mengekalkan kecemerlangan dan tidak berputus asa dalam mengejar kejayaan . Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi dan jangan riak serta lalai apabila memperoleh kejayaan malah ucaplah terima kasih kepada guru-guru anda , ibu bapa dan yg paling penting Allah S.W.T . Pihak BWP mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang dapat meneruskan pengajiannya di PKP dan yang tidak dapat , jgnlah bersedih kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya :) 

Selamat Menempuh Alam Tingkatan 4 yang semakin mencabar :D


Friday, 14 December 2012

Congratulations Students :)

Assalamualaikum w.b.t . 

Untuk entri kali ini , pihak Badan Wakil Pelajar MRSM Pasir Salak ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelajar tingkatan 1,2 dan 4 yg telah memperolehi keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan akhir semester 2/2012 . Tahniah kepada yg mendapat 4 flat , 3.5 ke atas dan tidak lupa juga mereka yg tidak memperoleh 3.5 ke atas . Apapun result yg kita dapat , kita perlu bersyukur kerana masih ramai lagi di luar sana yg memperoleh result yg teruk daripada kita . Hidup ini ibarat roda , kadangkala kita berada di atas , kadangkala kita berada di bawah . Walaupun kita tidak dapat merasa untuk mendapat 4flat atau 3.5 ke atas untuk peperiksaan kali ini , mungkin ada hikmah disebaliknya . 

Pihak BWP juga pernah merasa apa yang ada merasa , sebab itu lah hidup ini dikatakan ibarat roda kerana orang yg berjawatan tinggi pun kadangkala akan jatuh dan tidak sentiasa berada di atas . Kita mempunyai banyak masa lagi untuk memperbaiki kelemahan diri kita , bagi yang tidak memperoleh keputusan yg cemerlang , muhasabah lah diri semula dan ubah lah sikap yang kita rasa tidak elok mungkin kadangkala sikap kita itu boleh mempengaruhi keputusan kita . Yang paling penting sentiasa lah menghormati Ibu Bapa dan Guru serta sentiasa memohon restu mereka walau di mana kita berada . Tidak lupa juga berbuat baiklah sentiasa dengan rakan-rakan kita . 

Untuk pelajar tingkatan 5 , pihak BWP mengucapkan tahniah kerana telah berjaya mengharungi rintangan sepanjang berada di tingkatan 5 dan telah berjaya mengambil SPM 2012 . Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang telah mendapat tawaran daripada mana-mana universiti . Kenangan dan jasa bersama kakak-kakak dan abang-abang tingkatan 5 tidak akan kami lupakan . Terima kasih kerana telah menjaga dan menjadi senior kami :) Bagi yang masih belum mendapat tawaran lagi , semoga berjaya dan mungkin ada hikmah anda tidak mendapat tawaran sekarang . 

Kepada pelajar tingkatan 3 , semoga berjaya untuk mengambil keputusan 
PMR pada 19 Disember 2012 ini . Apabila mendapat keputusan cemerlang , bersyukurlah dan ucapkan terima kasih kepada guru-guru,ibu bapa dan rakan-rakan yang telah banyak membantu anda semua . Itu sahaja untuk entri kali , semoga kita dapat berjumpa lagi untuk entri yang seterusnya . 

Thursday, 22 November 2012

JADUAL AKTIVITI MRSM TAHUN 2013


Semoga semua pelajar MRSM Pasir Salak dpt menonjolkan bakat-bakat mereka dan mengambil bahagian dlm setiap aktiviti . Semoga pada tahun 2013 , akan banyak lagi kemenangan yg diraih drpd kontinjen yg mewakili maktab . Selamat Mengambil Bahagian ! :)

Wednesday, 21 November 2012

2013 vs 2012

 Assalamualaikum wmt.

         Tahun 2012 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Buat semua pelajar MRSM Pasir Salak, sudah tiba masanya untuk kita mulakan anjakan paradigma yang lebih baik dalam diri kita. 

         Konklusinya, tahun 2012 telah mencatatkan pelbagai rekod yang sangat baik dalam pelbagai aspek. Contohnya:-

-Minggu Bahasa
-Kejohanan Olahraga
-Anugerah Penghormatan Pengetua untuk Tingkatan 3
-Scholar Cup
-BolaSepak peringkat daerah
-Kejohanan Bola Jaring 

         Namun, tahun 2012 juga telah mencatatkan rekod hitam bagi tahun ini. Masalah buli yang semakin meruncing sehingga melibatkan pihak berkuasa telah berlaku pada tahun ini. Berdasarkan rekod, setiap bulan akan dilaporkan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar setiap tingkatan.


        Maka, tahun depan pihak Lembaga Disiplin Pelajar dengan kerjasama pelbagai pihak lain akan mula untuk menitikberatkan soal disiplin pelajar. Tindakan yang keras akan dikenakan buat pelajar yang enggan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

          Pihak Badan Wakil Pelajar juga tidak ketinggalan untuk meneruskan aktiviti yang lebih bermanfaat dalam maktab seterusnya berusaha untuk meninggalkan satu sejarah buat MRSM Pasir Salak. Insya-Allah.

      Buat yang selalu dating tuh, kurangkan. Buat yang sering merokok, kurangkan atau berhenti. Buat yang selalu lambat, ubahlah sikap. Buat yang selalu ponteng, ingat tentang masa depan. Buat yang tak solat, ingatlah apa yang perlu kita jawab sewaktu mati nanti. 

Sekian, wassalam.  

Saturday, 17 November 2012

Palestin dan Israel Part 1


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM :D

Artikel ini dipetik daripada web ILUVISLAM yang mana ianya menceritakan tentang Sejarah Palestin dan Israel. Diharapkan pembaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan dapat memupuk kesedaran diri kita sendiri tentang apakah tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi ini. Fikir fikirkan lah dan selamat beramal. Mungkin ada di antara kita yang tidak bersemangat untuk membacanya atas faktor artikel ini 'agak' panjang dan mudah mudahan 'dia' dibuka hatinya oleh Allah SWT. Amin.

Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"
"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"
"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.


Part 2 ada kat bawah ni :)
Terima Kasih kerana membaca :)

Exco Perhubungan Antarabangsa MRSM Pasir Salak 12/13