Bismillahirrahmanirrahim
Pada 24 Oktober 2012, Majlis Graduasi kali ke-9 telah diadakan di Dewan Besar MRSM Pasir Salak. Majlis Graduasi ini merupakan satu majlis formal yang sentiasa diadakan di MRSM Pasir Salak dan di mana-mana juga maktab Se-Malaysia.
Majlis Graduasi MRSM Pasir Salak telah berlangsung dengan lancar pada hari tersebut. Dengan bantuan pihak Badan Wakil Pelajar yang mengambil bahagian sebagai pemain Muzik Tradisional, dan ahli Senat .
Pelbagai anugerah telah diberikan kepada Graduan-Graduan yang menepati aspek-aspek seperti Kepimpinan, Kecemerlangan Akademik dan Kepujian Sahsiah. Tahniah diucapkan.
Semoga kecemerlangan dan kejayaan yang cemerlang ini akan terus berkekalan dalam diri graduan seterusnya akan menjadi ikutan bagi pelajar-pelajar akan datang. Amin.