Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana kita dapat berjumpa lagi untuk entri yg seterusnya . Untuk entry kali ini , pihak BWP ingin memberitahu kpd anda semua antara aktiviti-aktiviti yg telah kami jalankan pada tahun 2012 .
Tanggal 20 Oktober 2012 , pihak Badan Wakil Pelajar sesi 12/13 MRSM Pasir Salak telah mengadakan program Pemantapan Sahsiah Diri untuk semua pelajar tingkatan 1 dan 2 . Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan dipenuhi dengan pengisian yg begitu bermanfaat serta memberi pengajaran kpd semua pelajar .
Program ini telah dikendalikan oleh beberapa org BWP yg begitu berkaliber dan bersemangat demi menjayakan program ini .
 |
Antara BWP yg telah mengendalikan program ini
Kami pihak BWP juga ingin memohon maaf kerana ada beberapa orang BWP yg tidak dpt terlibat sekali di dalam program ini kerana membuat persediaan untuk pembentangan MICE Untukmu Somalia di MRSM Johor Bahru .
Pelbagai gaya dan aksi para pelajar yg dpt dilihat sepanjang program ini dijalankan . Permulaan program ini diserikan dengan lawak spontan daripada saudara Ramza yg telah menghiburkan hati para pelajar .
Antara gelagat-gelagat Ramza yg telah mencuit hati para pelajar
Program ini diteruskan lagi dengan , aktiviti muhasabah diri yg dikendalikan oleh saudara Assobirin , Akram , Fathi dan tidak lupa juga pelawak kita iaitu saudara Ramza . Mereka semua telah membawa semua pelajar tingkatan 1 dan 2 ke arah keinsafan serta memperingati kedua ibu bapa mereka yg telah bersusah payah membesarkan mereka dan menyekolahkan mereka sehingga berjaya ke hari ini .
Para pelajar menangis apabila disentuh tentang kesusahan ibu bapa mereka . Lelaki yang kita sangka kuat itupun menangis , apatah lagi bapa kita yg sudah dewasa itu apabila kita menderhaka serta membuat mereka kecil hati .
Oleh itu , muhasabah lah diri kita dan ingatlah semula apa yang telah kita lakukan kepada ibu bapa , guru-guru , rakan-rakan kita . Adakah kita telah mengembirakan hati mereka ? Adakah kita telah membalas jasa mereka secukupnya ? Adakah kita melukakan hati mereka ? Adakah kita menderhaka kepada mereka ? Insaflah dan pohonlah kemaafan daripada mereka sekiranya kita telah melakukan kesilapan .
Sayangilah mereka sehingga ke akhir hayat
Sahabat dan guru adalah segala-galanya bagi kita , tanpa mereka siapalah kita
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini . InsyaAllah pihak BWP MRSM Pasir Salak sesi 2012/2013 akan menjalankan pelbagai aktiviti yang lebih menarik lagi pada tahun 2013 . Semoga aktiviti yg dijalankan dapat kerjasama daripada para pelajar .
Jumpa lagi pada entri yang selanjutnya :) Selamat bercuti !
#untuk melihat lebih banyak gmbr lagi untuk program ini , boleh pergi ke Facebook BWP MRSM PS .
|